Saturday 31 March 2012

UNJURAN SUDUT KETIGA

Contoh cara melukis unjuran sudut ketiga dengan objek yang telah diberikan :


LANGKAH-LANGKAH :

1. Cari pandangan hadapan

2. Lukis pandangan hadapan


3. Lukis pandangan sisi



4. Lukis pandangan atas



Contoh unjuran sudut ketiga yang menghasilkan objek :



UNJURAN SUDUT PERTAMA

Contoh cara melukis unjuran sudut pertama dengan objek yang telah diberikan :


LANGKAH-LANGKAH :

1. Cari pandangan hadapan


2. Lukis pandangan hadapan


3. Lukis pandangan sisi


4. Lukis pandangan atas




JENIS - JENIS SUDUT UNJURAN

Terdapat 4 jenis sudut unjuran ortografik iaitu seperti gambarajah di bawah. Namun walaubagaimanapun, hanya 2 jenis sudut unjuran yang sering digunakan iaitu unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga.

Jenis - Jenis Sudut Unjuran

UNJURAN SUDUT PERTAMA

Sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah. Selain itu, ia juga merupakan unjuran yang terawal dalam lukisan kejuruteraan.

Satah-satah utama akan bertemu antara satu sama lain pada sudut tepat dan mempunyai namanya yang tersendiri seperti gambarajah di bawah :

Unjuran Sudut Pertama

CARA MELUKIS :

--> Pilih pandangan hadapan objek tersebut
--> Lukis pandangan hadapan
--> Lukis pandangan sisi
--> Lukis pandangan atas

UNJURAN SUDUT KETIGA

Unjuran sudut ketiga ini juga dikenali sebagai unjuran Amerika. Bagi unjuran sudut ketiga ini, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga.

Satah-satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seperti diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek tersebut dilihat menembusi satah-satah.

Unjuran Sudut Ketiga

CARA MELUKIS :

--> Pilih pandangan hadapan
--> Lukis pandangan hadapan
--> Lukis pandangan sisi
--> Lukis pandangan atas



Friday 30 March 2012

PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK

i. Pelan

Pandangan pelan atau juga dikenali sebagai pandangan atas merupakan bahagian atas sesuatu objek tapi ia tidak bermakna pandangan dari bawah tidak terpilih. Pandangan pelan dipilih mengikut keutamaan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk-bentuk objek dengan garisan nyata lebih daripada garisan tersembunyi. tapi kelazimannya arah pandangan yang dipilih ialah dari sebelah atas kerana ia dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek tersebut.



ii. Hadapan

Bagi pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu. Pemilihan arah ini juga diambilkira arah yang boleh menampakkan bahagian-bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi atau bahagian yang paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.



iii. Sisi

Untuk pandangan sisi pula, ia dipilih kerana biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek tersebut. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian-bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi.




Thursday 29 March 2012

KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK

3 konsep unjuran ortografik :

i. Arah pandangan

Setiap pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan melakukan garisan - garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan pandangan hadapan seperti rajah dibawah :

Pandangan Hadapan

Dengan mengikut konsep unjuran, tiap-tiap pandangan memerlukan 1 satah unjuran. Maka, jika 1 satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, 1 lagi pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan atas seperti rajah di bawah :

Pandangan Hadapan dan Pandangan Atas

Ada lagi satu arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek iaitu pandangan sisi kanan seperti di bawah :

Pandangan Hadapan, Atas dan Sisi

Jika anda membayangkan sesuatu objek itu terletak dalam satu kotak kaca, permukaan kotak itu boleh dianggap sebagai satah unjuran. Sebanyak 6 pandangan yang anda dapat lihat yang ditunjukkan pada permukaan kaca itu. Ia dinamakan pandangan ortografik utama seperti rajah di bawah :

Pandangan Utama Ortografik

ii. Satah Unjuran

Konsep ortografik ini menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada 2 jenis iaitu :
--> satah tegak
--> satah mengufuk
Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan 4 sukuan.

Satah Unjuran dan Sudut Unjuran Ortografik

iii. Objek (benda yang dilukis)

Ia merupakan benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan.




 





Tuesday 27 March 2012

UNJURAN ORTOGRAFIK

Lukisan unjuran ortografik boleh dianggap sebagai lukisan 2D kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.

Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina. sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke sesuatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek tersebut. dari rataan tersebut, bentuk pandangan itu diperolehi. ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garis lurus dari sesuatu arah pandangan.

Terdapat 2 prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu:
--> prinsip unjuran berpusat
--> prinsip unjuran selari 

Unjuran Berpusat

Unjuran Selari