Thursday, 10 May 2012

LATIHAN OBLIK

SOALAN 1

Bina bulatan pada permukaan oblik dibawah :


SOALAN 2

Lukiskan oblik Kavalier bagi rajah ortografik dibawah. Pilih kedudukan dan paksi yang sesuai.



TEKNIK MELUKIS SILINDER

Melukis silinder dalam unjuran serong (oblik) adalah agak mudah sekiranya anda mengikut panduan seperti dibawah:

1. Lukiskan satu garis pusat menegak dan melintang untuk menunjukkan pusat bulatan, kemudian menggunakan kompas untuk melukis bulatan itu sendiri.



2. Lukiskan satu garis yang bersudut 45 darjah sepadan dengan panjang lebar mengenai silinder. Pada hujung baris ini tarikkan garis pusat menegak dan mendatar.

** Ingat peraturan bagi oblik KABINET adalah separuh semua jarak yang diunjurkan kebelakang. Jika silinder 100mm maka panjang jarak kebelakang mesti tertarik kepada 50mm.



3. Lukis bulatan kedua dengan kompas.



4. Lukiskan 2 talian 45 darjah untuk menyertai bulatan depan dan belakang.



5. Gariskan silinder tersebut.


CONTOH TEKNIK MELUKIS OBLIK



Lukisan oblik direka untuk menunjukkan pandangan 3 dimensi objek. Lebar objek tersebut masih dilukis sebagai garisan melintang, tetapi kedalaman boleh dilukis semula pada mana-mana sudut. Anda boleh memilih sudut yang terbaik untuk membuat lukisan kelihatan terbaik.

TEKNIK MELUKIS :

1. Mula dengan pandangan hadapan dan lukiskan garisan binaan yang anda akan lihat dari pandangan hadapan.



2. kemudian lukiskan semua garisan mendalam di belakang sudut dari pandangan hadapan dengan menghubungkan semua garisan yang akan berada pada pandangan atas.


3. Apabila anda mempunyai semua garisan pembinaan yang dilakukan, hitamkan garisan yang seharusnya menjadi garisan yang dapat dilihat iaitu garisan objek.





CONTOH OBJEK


Selain lukisan dan ilustrasi teknikal, permainan video (terutamanya sebelum kedatangan permainan 3D) juga sering menggunakan satu bentuk unjuran serong. Contohnya adalah seperti SimCity, Ultima VII, EarthBound and Paperboy.

1. Perspektif Kavalier : Sekeping Revolusi



2. Perspektif Kabinet : Bangku / meja


3. Perspektif Kavalier : Perkubuan




Tuesday, 24 April 2012

OBLIK



Lukisan oblik merupakan lukisan bergambar yang menunjukkan 3 permukaan objek dalam satu pandangan.

Satu pandangan dilukis pada permukaan mendatar yang bersudut tepat dengan sesuatu garisan pada paksi menegak dan pandangan yang dicondongkan adalah pada sudut 30, 45 atau 60 darjah.

Lakaran Kubik Bentuk Oblik




Kesan sudut terhadap lukisan oblik seperti rajah di bawah :


Terdapat 3 jenis lukisan oblik iaitu :
--> Kavalier : saiz = penuh
--> Kabinet : saiz = 1/2
--> Am : saiz = 3/4

** saiz tersebut adalah berpandukan pada paksi condong. Sudut pada paksi condong adalah kekal.

Contoh perbezaan lukisan dari 3 jenis lukisan oblik dengan menggunakan 30, 45 dan 60 darjah.

i) Kavalier



ii) Kabinet



iii) Am



Pembinaan lukisan oblik mempunyai 4 kaedah iaitu :
--> Kaedah kotak
--> Kaedah bingkai
--> Kaedah 4 titik
--> kaedah kordinat

Ciri-ciri lukisan oblik :
--> Permukaan rata
--> Permukaan condong
--> Permukaan terpotong
--> Piramid
--> Lubang/menara
--> Bulatan/lengkung

Contoh rekabentuk asas bagi sesuatu kamera yang dilukis dalam unjuran serong.








Sunday, 22 April 2012

LATIHAN ISOMETRI

1. Berdasarkan lukisan pelbagai pandangan di 
   lukiskan objek dalam bentuk isometri:


2. Daripada unjuran ortografik di bawah, lukiskan isometrinya.



3. Rajah di bawah menunjukkan lukisan isometri sebuah projek. Lukiskan pandangan yang wujud dari objek P itu.



ISOMETRI

Lukisan isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan 3 dimensi iaitu ukuran lebar (L), tinggi (t) dan dalam.

Objek yang dilukis secara isometri akan memperlihatkan 3 pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila ia dilihat pada satu pandangan.

Objek di bawah menunjukkan contoh lukisan isometri

Pandangan objek dalam bentuk isometri

Contoh-contoh pandangan isometri :

Pandangan isometri adalah satu cara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Rajah di bawah menunjukkan garis paksi isometri. Garis-garis ini adalah asas dalam pembinaan pandangan isometri.
Paksi-paksi Isometri


Terdapat 2 jenis isometri :
--> Lukisan isometri 
    ~~ menggunakan skala 1:1
--> Unjuran isometri 
    ~~ menggunakan skala isometri (skala khas 
       80%, pada garisan isometri sahaja)

Namun, hasil kedua-duanyaadalah sama bentuk tetapi lukisan isometri adalah lebih besar sebanyak 25% dari unjuran isometri.

CONTOH PEMBINAAN LUKISAN ISOMETRI :

Diberikan unjuran ortografik, bina lukisan isometri dengan paksi 30'.

Unjuran ortografik

Lukisan isometri yang terbina hasil daripada unjuran sudut ortografik tersebut :








Thursday, 5 April 2012

VIDEO UNJURAN SUDUT KETIGA








AKTIVITI UNJURAN SUDUT KETIGA

SOALAN 1

Lukiskan unjuran sudut ketiga bagi objek di bawah :


SOALAN 2

Lukiskan objek yang terhasil berpandukan unjuran sudut ketiga yang diberikan.



SOALAN 3

Lukiskan unjuran sudut ketiga bagi objek yang diberikan dan tentukan pandangan hadapan objek tersebut.



SOALAN 4

Apakah jenis sudut unjuran yang digunakan? Lukiskan objek yang terhasil bagi unjuran sudut tersebut seperti gambarajah di bawah.




Wednesday, 4 April 2012

LATIHAN UNJURAN SUDUT KETIGA

Lukiskan unjuran sudut ketiga bagi setiap objek yang diberikan.

SOALAN 1 :


LANGKAH-LANGKAH :

1. Cari pandangan hadapan


2. Lukis pandangan hadapan




3. Lukis pandangan atas (pelan)




4. Lukis pandangan sisi




SOALAN 2 :


LANGKAH-LANGKAH :

1. Cari pandangan hadapan

2. Lukis pandangan hadapan




3. Lukiskan pandangan atas (pelan)



4. Lukiskan pandangan sisi



Saturday, 31 March 2012

UNJURAN SUDUT KETIGA

Contoh cara melukis unjuran sudut ketiga dengan objek yang telah diberikan :


LANGKAH-LANGKAH :

1. Cari pandangan hadapan

2. Lukis pandangan hadapan


3. Lukis pandangan sisi



4. Lukis pandangan atas



Contoh unjuran sudut ketiga yang menghasilkan objek :