Tuesday 27 March 2012

UNJURAN ORTOGRAFIK

Lukisan unjuran ortografik boleh dianggap sebagai lukisan 2D kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.

Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina. sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke sesuatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek tersebut. dari rataan tersebut, bentuk pandangan itu diperolehi. ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garis lurus dari sesuatu arah pandangan.

Terdapat 2 prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu:
--> prinsip unjuran berpusat
--> prinsip unjuran selari 

Unjuran Berpusat

Unjuran Selari