i. Pelan
Pandangan pelan atau juga dikenali sebagai pandangan atas merupakan bahagian atas sesuatu objek tapi ia tidak bermakna pandangan dari bawah tidak terpilih. Pandangan pelan dipilih mengikut keutamaan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk-bentuk objek dengan garisan nyata lebih daripada garisan tersembunyi. tapi kelazimannya arah pandangan yang dipilih ialah dari sebelah atas kerana ia dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek tersebut.
ii. Hadapan
Bagi pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu. Pemilihan arah ini juga diambilkira arah yang boleh menampakkan bahagian-bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi atau bahagian yang paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.
iii. Sisi
Untuk pandangan sisi pula, ia dipilih kerana biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek tersebut. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian-bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi.