Lukisan isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan 3 dimensi iaitu ukuran lebar (L), tinggi (t) dan dalam.
Objek yang dilukis secara isometri akan memperlihatkan 3 pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila ia dilihat pada satu pandangan.
Objek di bawah menunjukkan contoh lukisan isometri
Pandangan objek dalam bentuk isometri |
Contoh-contoh pandangan isometri :
Pandangan isometri adalah satu cara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Rajah di bawah menunjukkan garis paksi isometri. Garis-garis ini adalah asas dalam pembinaan pandangan isometri.
Paksi-paksi Isometri |
Terdapat 2 jenis isometri :
--> Lukisan isometri
~~ menggunakan skala 1:1
--> Unjuran isometri
~~ menggunakan skala isometri (skala khas
80%, pada garisan isometri sahaja)
Namun, hasil kedua-duanyaadalah sama bentuk tetapi lukisan isometri adalah lebih besar sebanyak 25% dari unjuran isometri.
CONTOH PEMBINAAN LUKISAN ISOMETRI :
Diberikan unjuran ortografik, bina lukisan isometri dengan paksi 30'.
Unjuran ortografik |
Lukisan isometri yang terbina hasil daripada unjuran sudut ortografik tersebut :