Saturday, 31 March 2012

JENIS - JENIS SUDUT UNJURAN

Terdapat 4 jenis sudut unjuran ortografik iaitu seperti gambarajah di bawah. Namun walaubagaimanapun, hanya 2 jenis sudut unjuran yang sering digunakan iaitu unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga.

Jenis - Jenis Sudut Unjuran

UNJURAN SUDUT PERTAMA

Sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah. Selain itu, ia juga merupakan unjuran yang terawal dalam lukisan kejuruteraan.

Satah-satah utama akan bertemu antara satu sama lain pada sudut tepat dan mempunyai namanya yang tersendiri seperti gambarajah di bawah :

Unjuran Sudut Pertama

CARA MELUKIS :

--> Pilih pandangan hadapan objek tersebut
--> Lukis pandangan hadapan
--> Lukis pandangan sisi
--> Lukis pandangan atas

UNJURAN SUDUT KETIGA

Unjuran sudut ketiga ini juga dikenali sebagai unjuran Amerika. Bagi unjuran sudut ketiga ini, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga.

Satah-satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seperti diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek tersebut dilihat menembusi satah-satah.

Unjuran Sudut Ketiga

CARA MELUKIS :

--> Pilih pandangan hadapan
--> Lukis pandangan hadapan
--> Lukis pandangan sisi
--> Lukis pandangan atas